Salam Aidilfitri..Pstt..nak duit raya masuk sini

On Friday, September 18, 2009 0 comments

Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN buat pembaca2 belog aku...Terima kasih kerana sudi membaca belog ini walopun adalah sangat jarang di update...Mohon maaf sekiranya ada tersalah kata atau tersalah taip hehehe..

Oleh kerana aku sayanggg korang2 yang sudi baca blog ni..lagi sayang yang rajin tinggal komen hehehe...terimalahhh...

Duit raya untuk korang...Hahaha...tak kan kat Facebook jer orang nak main2 ni...I baik hati bagi kat readers Blog I okay! hahaha... Apaaaa??? Tak cukup Rm1.50??? Maklumlah aku dapat bantuan kerajaan tu kann...hish korang ni macamlah aku dapat ribu raban tauu...ye lah..ye lah...

I up bagi RM50 kat korang...haaa amek cepat...semua followers wajib amek hehehe...sangat pemurah kannnn???Hahaha...

Eh..eh...dah dapat duit terus nak kuar dari belog aku yer....meh sini jamah kuih aku buat nih...Rasalah sket..sedappp tauuu....Aku buat kat FB jugak ni Hahaha...

Terima kasih la kat Facebook...sbb seminggu ni kerja adalah tiada mood sudah...so agak terajin layan FB hehehe...kaya2 dah kawan aku semua...semua dapat duit raya beratus2..beribu2...kuih raya, baju raya, lauk pauk semua leh dapat kat FB..dah tu ada yang dah berjaya jadi petani..buka restoran...jadi Mafia pon ada..Hahahaha...okay la kalo nak mengarut panjang je nak taip...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA :)

Salam Kemaafan Di Hari Lebaran

On Wednesday, September 16, 2009 0 comments

Sempena hari lebaran yang semakin hampir ini, rasanya sudah sampai masanya untuk saya memohon kemaafan, zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, kepada semua pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

Minta halal segala yang termakan, terminum, terambil, kata mengata yang tersembul, umpat fitnah yang mungkin ada, kutuk mengutuk yang tidak pernah disengajakan, serta segala kelemahan diri, yang bergelar manusia biasa.

Semoga segala amalan baik di bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kehidupan kita selepas ini. Diharap juga segala dosa yang lalu diampunkan oleh-Nya yang Maha Pengampun.

Dalam kesempatan ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus kekal sihat sepanjang Aidilfitri. Antara yang menarik perhatian saya ialah petua pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Amalan ini menyebabkan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut sepanjang usia Baginda. Antaranya ialah:

1. mengamalkan pengambilan buah-buahan sebelum juadah utama;
2. tidak mencampurkan makanan laut dan darat seperti ikan dan susu dalam satu hidangan;
3. tidak meninggalkan makan malam;
4. mandi sebelum subuh;
5. minum air suam setiap pagi;
6. bertafakkur (sujud seminit selepas membaca doa) ketika solat subuh; dan
7. makan dengan tangan dan menjilat jari seusai makan;

Semua petua-petua baginda ini telah pun mendapat perhatian dari para saintis seluruh dunia. Mereka mendapati petua-petua ini banyak memberi kebaikan kepada kesihatan perut, dan menjauhkan perut dari banyak penyakit.

Lebaran menjelma

On 0 comments

Sebelas bulan kita mengejar dunia
kita penuhi dengan nafsu dan angkara

Sebulan penuh kita berpuasa
kita bakar segala dosa

Sebelas bulan kita menyebar dengki dan prasangka
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama

Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf
Di aidilfitri ini, kita cuci hati, kita buka pintu maaf
Salam lebaran, mohon maaf zahir dan batin.

Powered by Blogger