Salam Kemaafan Di Hari Lebaran

On Wednesday, September 16, 2009 0 comments

Sempena hari lebaran yang semakin hampir ini, rasanya sudah sampai masanya untuk saya memohon kemaafan, zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, kepada semua pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

Minta halal segala yang termakan, terminum, terambil, kata mengata yang tersembul, umpat fitnah yang mungkin ada, kutuk mengutuk yang tidak pernah disengajakan, serta segala kelemahan diri, yang bergelar manusia biasa.

Semoga segala amalan baik di bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kehidupan kita selepas ini. Diharap juga segala dosa yang lalu diampunkan oleh-Nya yang Maha Pengampun.

Dalam kesempatan ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus kekal sihat sepanjang Aidilfitri. Antara yang menarik perhatian saya ialah petua pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Amalan ini menyebabkan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut sepanjang usia Baginda. Antaranya ialah:

1. mengamalkan pengambilan buah-buahan sebelum juadah utama;
2. tidak mencampurkan makanan laut dan darat seperti ikan dan susu dalam satu hidangan;
3. tidak meninggalkan makan malam;
4. mandi sebelum subuh;
5. minum air suam setiap pagi;
6. bertafakkur (sujud seminit selepas membaca doa) ketika solat subuh; dan
7. makan dengan tangan dan menjilat jari seusai makan;

Semua petua-petua baginda ini telah pun mendapat perhatian dari para saintis seluruh dunia. Mereka mendapati petua-petua ini banyak memberi kebaikan kepada kesihatan perut, dan menjauhkan perut dari banyak penyakit.

0 Comments

No comments yet. Be the first to leave a comment !
Leave a Comment

Next Post Previous Post
Powered by Blogger